KUALA LUMPUR – Seramai 15 nama menteri baharu sudah diserah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagi mengganggotai kerajaan pimpinan Perdana Meneri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Memetik sumber, senarai tersebut diserahkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dan barisan menteri kali ini termasuk wakil dari Sabah dan Sarawak.
Selain senarai menteri, beberapa nama timbalan menteri juga diserahkan untuk dilantik dalam Kabinet kali ini.
“Keseluruhan akan ada 28 menteri, masing-masing dua dari Sabah dan Sarawak.
“Timbalan menteri juga termasuk, di samping nama-nama senator yang mungkin akan turut dilantik,” petik sumber dilaporkan Malaysiakini.
Antara nama dikatakan tersenarai adalah Datuk Saifuddin Abdullah daripada PKR, Khalid Samad (PAN) serta Teresa Kok dan Ong Kiang Ming masing-masing dari DAP.
Difahamkan Saifuddin berkemungkinan dilantik sebagai Menteri Luar dan Ong pula akan menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa.
Setakat ini, 13 orang menteri telah mengangkat sumpah jawatan pada 21 Mei lalu. – MalaysiaGazette