Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Pemilihan kepimpinan baharu sayap-sayap UMNO merupakan langkah pertama parti itu menuju pembaharuan agar terus relevan dalam pentas politik tanah air.

Keterbukaan pemilihan UMNO tanpa syarat tertentu dalam sejarah parti itu merupakan ibu kepada demokrasi dalam sejarah pemilihan  sejak tahun 1988.

Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah ini menjadi UMNO lebih terbuka, demokratik dan inklusif.

Pemilihan terbuka di semua peringkat membolehkan setiap ahli UMNO bertanding semua jawatan dan memberi peluang lebih 165,000 orang perwakilan membuat pilihan, kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan di sini.

Beiau turut mengucapkan tahniah kepada ketua-ketua sayap yang telah memenangi dalam pemilihan UMNO bagi penggal 2018-2021.

Dalam persaingan itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki telah dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO manakala Datuk Zahida Zarik Khan diumumkan Ketua Pergerakan Puteri UMNO.

Ahmad Zahid turut mengajak pemimpin-pemimpin parti itu menterjemahkan UMNO Bangkit sebagai slogan untuk terus memperkukuh dan merelevankan UMNO di hati rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Bumiputera.

“Ibarat aur dengan tebing, kembalilah bersatu demi kepentingan UMNO,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast