Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berharap muka-muka baharu yang menjadi pemimpin baharu dalam sayap-sayap UMNO dapat menggalas tanggungjawab yang diberikan sebaik-baiknya.

Menerusi Twitter beliau, bekas Presiden UMNO itu juga mengucapkan tahniah kepada pemimpin-pemimpin sayap parti yang menang.

“Tahniah kepada Sayap-sayap UMNO dan semua yang dipilih untuk pegang jawatan . Semoga tanggungjawab dapat digalas sebaiknya”.

Pemilihan UMNO menyaksikan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO bagi penggal 2018-2021.

Manakala Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Datuk Zahida Zarik Khan Ketua Puteri UMNO yang baharu. – MalaysiaGazette