Selepas 44 hari Pilihan Raya Umum ke-14 dilangsungkan, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali bertindak mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional.
Dr. Noor Azmi

KUALA LUMPUR – Hasrat Ahli Parlimen Bagai Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) mungkin tidak kesampaian disebabkan beliau ditolak bulat-bulat oleh PKR cabang itu.

Menurut Ketua Cabangnya, Sharif Sarjono, penolakan itu dibuat selepas mesyuarat peringkat itu memutuskan untuk tidak membenarkan parti itu menerima Noor Azmi.

“PKR tidak mahu mereka yang telah kalah dalam PRU14. Beliau hanya menang majoriti 174 undi, ini menunjukkan rakyat Bagan Serai telah menolak beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, beliau turut menafikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kawasan itu ada membuat pengakuan untuk menerima beliau sebagai ahli parti.

“Sebahagian ahli PPBM Bagan Serai sanggup membuat pengakuan mengalu-alukan Dr Azmi menyertai Pakatan Harapan, sedangkan pucuk pimpinan tertinggi PH Bagan Serai tidak mengetahui perkara ini.

“Kami tidak sama sekali mengalu-alukan atau menerima beliau menyertai PH,” katanya lagi.

Noor Azmi semalam membuat keputusan untuk keluar daripada UMNO dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad termasuklah Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu. -MalaysiaGazette