Harry Kane

RUSIA – Harry Kane menyifatkan kemenangan besar Three Lions sebagai sesuatu yang menakjubkan.

Malah, wira England itu turut menganggap semua pemain bersatu ketika membelasah Panama 6-1 pada aksi kumplan G semalam.

“Menakjubkan. Saya sangat bangga dengan pemain kami, mereka benar-benar menikmati perlawanan hari ini (semalam).

“Kami sedar perlawanan tidak akan mudah, namun semua pemain bersatu menghasilkan keputusan yang hebat.

“Mara ke peringkat kalah mati dengan cara begini adalah sesuatu yang sangat menakjubkan,” katanya lapor laman portal telegraph.co.uk.

Penyerang Tottenham itu berkata, penyokong England mengimpikan pasukan mereka dapat mengulangi kejayaan menjulang Piala Dunia yang kali terakhir dilakukan pada 1966.

England akan menentang Belgium bagi menentukan juara Kumpulan G pada Jumaat ini.

Kegagalan muncul juara berisiko menemukan mereka dengan Brazil atau Jerman di suku akhir.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu memulakan pesta gol seawal minit kelapan menerusi tandukan Stones hasil hantaran Kieran Trippier. – MalaysiaGazette