Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan dakwaan beliau memiliki dana ratusan juta ringgit di luar negara sepanjang beliau menggalas jawatan Menteri Besar Selangor sejak 2014.
Mohamed Azmin menegaskan dakwaan itu hanya bertujuan untuk mencemarkan nama baik dan imej beliau yang kini memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH).
“Ini tuduhan yang palsu dan berniat jahat, kita tidak harus melayani fitnah dan tohmahan ini.
“Ini satu percubaan yang jahat dan merupakan satu fitnah, malicious attempt untuk mencemarkan reputasi saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.