SHAH ALAM – Jurukamera Media Selangor, Khairuddin Jamaluddin meninggal dunia kira-kira jam 11.20 malam tadi, akibat pendarahan dalam perut.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang, dan jenazahnya dijangka dikebumikan di kampung mentuanya di Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan selepas Zohor.
Allahyarham yang berusia 51 tahun meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki berusia tiga tahun dan lima bulan.
Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari turut merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Khairuddin Jamaluddin.
Beliau mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan mendapatkan pengakhiran sebaiknya. – MalaysiaGazette