CALIFORNIA – Instagram dianggarkan bernilai lebih daripada AS$100 bilion jika ia merupakan sebuah syarikat persendirian.

Nilai itu menunjukkan pulangan 100 kali ganda bagi nilai aplikasi yang dibeli oleh Facebook pada tahun 2012.

Platform perkongsian foto itu telah mencapai 1 bilion pengguna aktif bulanan pada awal bulan ini, kemungkinan akan membantu pendapatan Instagram melepasi AS$10 bilion dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata penganalisis Bloomberg Intelligence, Jitendra Waral menulis dalam laporan 25 Jun.

Instagram menarik pengguna baru lebih cepat daripada laman utama Facebook dan berada di landasan yang melebihi 2 bilion pengguna dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Waral.
Walaupun rangkaian sosial sudah melampaui pencapaian itu, pengguna Instagram lebih muda daripada ibu bapa mereka, menjadikannya lebih menarik kepada pengiklanan.

Tidak seperti Facebook, Instagram masih terus berkembang di Amerika Syarikat.

Instagram boleh menyumbang kira-kira 16 peratus daripada pendapatan Facebook pada tahun depan, naik daripada 10.6 peratus pada tahun lalu, menurut data eMarketer yang dikutip oleh Bloomberg Intelligence. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast