Foto Instagram Rozita Che Wan.
Foto Instagram Rozita Che Wan.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan kembali aktif menggunakan laman sosial Twitter sejak semalam dengan memberi amaran kepada netizen.

Rozita atau Che Ta memuat naik status pertamanya yang meminta netizen berhati-hati sekiranya ada menulis tentang dirinya.

Hi. Ini official Twitter account Rozita Che Wan. Hati-hati hampa (hangpa – kamu) semua yang dok Tweet pasai kami,” tulisnya.

Che Ta sudah memiliki akaun itu sejak Ogos tahun lalu.

Untuk rekod, sehingga kini Twitter menggunakan nama @rozitachewan1 itu mempunyai 265 pengikut manakala pelakon drama Kiah Pekasam itu mempunyai 3.6 juta pengikut di Instagram.

Sementara itu, menerusi status tweet berbeza, Che Ta sempat menasihati orang ramai jangan terlalu taksub untuk mendapat perhatian sehingga mengabaikan maruah.

Jelas Che Ta, dalam kehidupan ini bukan semua perkara untuk dijadikan pameran umum dan ada perkara yang perlu disimpan rapi buat tatapan dan kenangan peribadi. – MalaysiaGazette