SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes penyelewengan pemberian beberapa tender projek pembinaan di Putrajaya bernilai kira-kira RM300 juta.

Lelaki berusia 59 tahun itu ditahan di syarikat GLC berkenaan pada kira-kira pukul 12 tengah hari, hari ini.

Difahamkan, pada masa sama SPRM juga telah melakukan serbuan ke tiga lokasi di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan dokumen berkaitan kes berkenaan.

Menurut sumber, lelaki tersebut dipercayai menyalahguna kuasanya bagi memanipulasi beberapa proses projek pembinaan yang sedang dijalankan.

“Projek tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat kontraktor menerusi proses tender namun disebabkan beberapa isu yang sengaja diadakan, kontrator terbabit gagal melaksanakannya.

“Ia kemudian diberi kepada kontraktor pengganti yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan Datuk terbabit dan perkara tersebut dipercayai memang telah dirancang dari awal,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast