WASHINGTON – Presiden Donald Trump memuji Mahkamah Agung negara itu yang membenarkan larangan kemasukan rakyat beberapa negara yang majoritinya Islam dikuatkuasakan.
Meskipun mahkamah-mahkamah rendah menyifatkan larangan tersebut tidak mengikut Perlembagaan tetapi mahkamah tertinggi Amerika Syarikat membuat keputusan itu dengan majoriti 5-4.
Trump berkata, keputusan Mahkamah Agung itu sebagai kejayaan besar.
Larangan itu membabitkan warga Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yaman dari memasuki Amerika Syarikat.
Larangan itu ditetapkan dikuatkuasakan pada Disember ini, telah mendapatkan kritikan daripada kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dan para pelarian.
Ketua Hakim Negara, John Roberts mengatakan larangan perjalanan itu “tepat dalam skop kuasa Presiden”.
Beliau juga menolak hujah-hujah bahawa larangan itu merupakan diskriminasi terhadap umat Islam. – MalaysiaGazette