The police escorting the vehicle chauffeuring former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak that is spotted leaving his home in Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. PIX: IQBAL BASRI / MalaysiaGazette / 27 JUNE 2018 escort Sebuah kenderaan dipercayai membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 27 JUN 2018
The police escorting the vehicle chauffeuring former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak that is spotted leaving his home in Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. PIX: IQBAL BASRI / MalaysiaGazette / 27 JUNE 2018

KUALA LUMPUR – Tepat jam 11.15 pagi tadi, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggalkan kediamannya di Langgak Duta.

Najib dilihat menaiki kereta Toyota Vellfire putih bernombor pendaftaran QMN11 diringi sebuah motosikal pengiring polis dan juga sebuah kereta Proton Preve hitam.

Terdahulu isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang keluar jam 9.56 pagi tadi, telah kembali ke kediamannya beberapa minit sebelum Najib dilihat meninggalkan Langgak Duta.

Ahli Parlimen Pekan itu sebelum ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak dua kali untuk memberikan keterangan berhubung siasatan terhadap bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International.

SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

SPRM mengambil masa kira-kira 11 jam bagi merakamkan keterangan bekas Perdana Menteri itu.

Malah, Rosmah turut dipanggil bagi membantu siasatan kes sama 5 Jun lalu.

Rosmah memberikan keterangan selama 5 jam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. -MalaysiaGazette