Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengucap takziah kepada ahli keluarga dua tentera darat yang maut dihempap pokok ketika menjalani operasi kawalan di sempadan Hutan Belum, Tasik Banding, Gerik, kelmarin.

Dua anggota tentera yang meninggal dunia ialah Koperal Mohamad Safuan Hassan dan Lans Koperal Fahrurozi Abd Manaf

Kejadian itu turut mencederakan dua lagi anggota tentera yang kini menerima rawatan di Hospital Gerik.

Mohamad Sabu dalam kenyataannya berkata, kesemua mangsa tersebut adalah dari Batalion 8 Rejimen Renjer Diraja (8 RRD), Kem Terendak, Melaka dan dijangka menamatkan operasi pada 2 Julai ini.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan berharap keluarga mangsa dapat menerima dugaan ini dengan tabah dan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

“Saya juga mendoakan agar anggota yang cedera dan sedang menerima rawatan diberi kesembuhan seperti sedia kala,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad berkata, beliau telah meminta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin memberi segala bantuan kebajikan dan kelayakan-kelayakan yang boleh diperolehi mengikut peraturan sedia kepada ahli anggota keluarga mangsa-mangsa berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast