Gambar menunjukkan asap hitam mengalir keluar dari tempat kejadian di Hospital Texas

TEXAS- Seorang maut dan beberapa orang lagi cedera parah dalam letupan yang berlaku di hospital Texas.

Kejadian tersebut berlaku berhampiran kawasan hospital berkenaan yang terletak di Bandar Gateville kira-kira pukul 2.30 waktu tempatan (19:30 GMT) semalam.

Seorang saksi berkata, kejadian itu berlaku selepas jana kuasa elektrik di kawasan tersebut meletup.

Mangsa yang maut akibat terkena letupan manakala yang lain dikatakan  mengalami kecederaan teruk.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Parkland Memorial, di Dallas.

Penduduk sekitar ditempatkan di kawasan selamat bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Laporan mengatakan pembangunan jana kuasa elekrik di kawasan berkenaan baru sahaja dibina.-MalaysiaGazette