KUALA LUMPUR – Sebuah rakaman video yang memaparkan pelakon Fasha Sandha berpelukan dengan  aktor Aidil Aziz kini tular di media sosial.

Video yang dirakam oleh orang awam itu seolah-olah mengesahkan hubungan cinta mereka yang digosipkan sebelum ini.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 34, dan Aidil, 29, dikatakan menjalinkan hubungan ‘istimewa’ selepas mereka sering dilihat bersama kebelakangan ini.

Fasha mengakui mereka berkawan baik sejak Aidil bekerja dengannya untuk sitkom Mamu Mami Gosip pada awal tahun ini.

Aidil, 29, pula sebelum ini pernah melalui detik-detik kontroversi selepas ditahan selama dua bulan di penjara atas kesalahan berkaitan dadah hujung tahun 2016.

Sementara itu, Fasha yang ditemui ketika hadir pada malam gala filem Blok 404 di The Curve malam tadi mengakui dirinya masih ‘single not available’ dan Aidil adalah kawan lelaki yang rapat dengannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast