KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memandang serius kenyataan KPMG Malaysia berhubung penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan 2010, 2011 dan 2011 tidak dinilai secara tepat dan adil.

Sehubungan itu, SSM akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada KPMG Malaysia.

Dalam kenyataan di sini, SSM berkata, selaku badan kawal selia korporat yang menguatkuasakan Akta Syarikat 2016, ia akan mengambil tindakan sewajarnya bagi pematuhan akta tersebut.

Ini termasuk mengarahkan pihak-pihak berkaitan mengambil langkah pembetulan maklumat-maklumat kewangan yang dilaporkan kepada Pendaftar Syarikat.

Jelas SSM, pematuhan laporan kewangan beraudit adalah penting dalam amalan tadbir urus korporat dalam komuniti korporat.

KPMG Malaysia dalam kenyataannya kelmarin berkata, penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir Mac 2010, 2011 dan 2012 tidak memberi penilaian tepat dan adil ke atas 1MDB.

Lantaran itu, KPMG Malaysia meminta 1MDB melaksanakan semua langkah perlu untuk mengelakkan daripada sebarang pergantungan lanjut ke atas laporan audit itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast