TENGKU RAZALEIGH HAMZAH BERJANJI SEDIA MENJADI HAMBA JIKA DIPILIH SEBAGAI PRESIDEN UMNO OLEH PERWAKILAN PARTI PADA 30 JUN INI.

Malah beliau yang dikenali sebagai Ku Li juga yakin UMNO dapat kembali semula berkuasa di negara ini lebih awal tanpa perlu menunggu tempoh lima tahun lagi.

Justeru Ahli Parlimen Gua Musang itu menegaskan, UMNO mesti nampak kelihatan gagah jika mahu mendapat semula kuasa yang hilang.