Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (tengah) bersama Pengerusi AWQAF Holdings Berhad, Tan Sri Siti Sa'diah Sheikh Bakir (empat kanan) bergambar kenangan dengan wakil Rumah-Rumah Perlindungan Remaja yang menerima sumbangan pada Majlis Pelancaran EduWAQF di Pusat Konvensyen Bangi, Bangi. foto FAREEZ FADZIL, 29 JUN 2018.

BANGI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan agar semua institusi wakaf telus dalam menguruskan wang.

Beliau berkata, semua institusi itu perlu memastikan tidak ada seorang pun ahli lembaga pengarah mengambil kesempatan untuk menggunakan wang waqaf demi kepentingan sendiri. 

“Janganlah mana-mana institusi waqaf menjadikan lembaga memperkayakan diri sendiri ini juga peringatan keada saya sendiri,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran EduWAQF di sini hari ini.

Wan Azizah berkata, kesemua insititusi wakaf perlu mempunyai cara yang terbaik bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan wang. 

“Saya rasa  mereka ada mekanisme supaya ketelusan itu ada, akauntabiliti itu ada itulah yang kita katakan kita tidak mahu menyeleweng.

“Bila ahli lembaga beri kerjasama bagaimana duit digunakan itu cara mengekang sesiapa mengambil peluang dan kesempatan,” ujarnya yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga. -MalaysiaGazette