Sebahagian peserta-peserta memasukkan basikal ke dalam koc Keretapi Tanah Melayu bagi memulakan Program RCBA Cycle 4Life anjuran Rotary Club Bukit Angkasa di Platform 4, Stesen Kuala Lumpue, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 29 JUN 2018

KUALA LUMPUR- Rotary Club Bukit Angkasa (RCBA) melancarkan program Cycle 4 Life, Larian Tren Khas dengan kerjasama pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan KTM Holidays hari ini.

Presiden Rotary Club Bukit Angkasa, Yap Fatt Lam berkata, penganjuran program tersebut bagi mengumpul dana untuk rawatan pesakit buah pinggang.

Menurutnya, sebanyak 9 peratus rakyat Malaysia disasarkan sebagai pesakit buah pinggang.

Seramai 100 orang peserta termasuk dari Malaysia dan dikuti peserta dari 9 negara lain di antaranya Hong Kong, Taiwan, Australia menyertai program ini.

Di samping itu, peserta akan memulakan kayuhannya pada hari ini sampai 1 Julai 2018 (Ahad) serta diumumkan titik permulaan adalah dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan akan berakhir di Pulau Pinang.

Program ini akan berlangsung selama 3 hari dua malam.

“Sebanyak RM30,123.33 dana berjaya dikutip untuk program tersebut, kata Lam.- MalaysiaGazette