Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Calon Presiden UMNO yang kalah, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menolak tawaran jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Terima kasih Datuk Seri Zahid kerana menawarkan saya jawatan Setiausaha Agung BN tadi.

“Saya memberitahu beliau, saya tidak mahu pegang apa-apa jawatan tinggi parti. Saya (mahu) memberi fokus kepada tugas sebagai MP. Sedia bantu dan tetap bersama UMNO,” katanya ringkas melalui laman Twitter beliau hari ini.

Sebentar tadi, dalam sidang media di Menara Dato’ Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi BN, menawarkan jawatan dalam Biro Politik UMNO Pusat kepada Khairy.

Semalam, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, beliau ada berbincang dengan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu akan peranannya dalam parti selepas gagal memenangi jawatan presiden yang ditandinginya malam tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast