Redoine Faid
Redoine Faid. foto Agensi

PARIS – Seorang banduan Redoine Faid, 46 yang menjalani hukuman penjara selama 25 tahun telah melarikan diri dari penjara dengan helikopter.

Banduan tersebut melarikan diri dengan bantuan tiga lelaki bersenjata lengkap dengan senapang.

Dua lelaki bersenjata menggunakan bom asap untuk memasuki bilik pelawat di mana Faid sedang bercakap dengan adiknya yang datang melawatnya di penjara.

Manakala seorang lagi menunggu kedatangannya di halaman penjara dengan mengawal helikopter.

Menurut polis tempatan, helikopter itu ditemui polis di Gonesse.

Faid menjalani hukuman penjara kerana membunuh Aurélie Fouquet, seorang pegawai polis.

Pada tahun 2013 Faid menghabiskan masa selama enam minggu merancang untuk melarikan diri dari penjara namun percabaan pertama gagal.

Hampir 3,000 polis Perancis ditugaskan dalam pencarian banduan itu, kata sumber polis kepada pemberita.

“Segala usaha akan dilakukan untuk mencari Faid,” kata pegawai Kementerian Dalam Negeri. – MalaysiaGazette