Permainan belon yang meletup hingga mengakibatkan seorang kanak-kanak maut. foto The Independent

NORFOLK – Seorang kanak-kanak maut selepas permainan belon meletup dan menyebabkan mangsa melambung setinggi 20 kaki ke udara di pantai Gorleston.

Beberapa saksi menyifatkan kejadian yang menyaksikan seorang kanak-kanak melambung ke udara itu sebagai mengerikan.

Kawasan The Bounce About yang terletak di Great Yarmouth, Norfol telah ditutup dan polis sedang menjalankan siasatan.

Pemilik permainan tersebut, Curt Johnson yang tidak berada di tempat kejadian memberitahu, permainan belon trampolin itu meletup kerana cuaca panas.

Polis Norfolk menerima panggilan ke tempat kejadian pada jam 11.15 pagi, selepas laporan kanak-kanak ‘dilambung ke udara’ dan ambulans tiba dalam masa empat minit kemudian.

Kanak-kanak yang disahkan terkena serangan jantung itu kemudian diberi bantuan pernafasan.

Dia kemudian dibawa ke Hospital James Paget tetapi meninggal dunia. – MalaysiaGazette