Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid
Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid. foto: Instagram.

KUALA LUMPUR – Anak sulung Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mempertahankan ayahnya yang memenangi pemilihan parti baru-baru ini.

Nurulhidayah menerusi akaun Instagramnya menyebut tentang individu yang berada dalam UMNO dipercayai calon presiden sebelum ini yang juga bekas Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin mempertikaikan kemenangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, membidas pertikaian kemenangan ayahnya hanyalah bukti bahawa Khairy tidak menerima kekalahan dirinya.

“Encik, eh… Tuan… eh, nak address apa yer? Awak belajar ketenteraan pun tak habis. Kita hormat lagi sebab awak kita anggap sebagai idola orang muda.

“Tapi awak agak melampau. Awak cakap tak serupa bikin. Awak lantang berkata kita terima kekalahan PRU14. Kekalahan awak?

“Yer la awak hebat. Kami ni tak bijak macam awak pi Oxford. Tu sebab awak tak pandang orang sekolah pondok,”tulisnya.

Untuk rekod, Khairy yang kekalahannya dalam pemilihan Presiden UMNO baru-baru iniĀ  dengan hati terbuka berkata, majoriti ahli UMNO mahukan perubahan, sebaliknya warlord parti yang enggan berubah.

Beliau dalam masa yang sama turut mempersoalkan sistem pengundian kali ini mendakwa ramai yang diugut dan dipaksa mengundi mengikut pilihan warlord. -MalaysiaGazette