Timmy Kinner. foto Reuters

IDAHO – Seorang kanak-kanak yang menyambut ulang tahunnya maut selepas ditikam oleh seorang suspek.

Serangan yang berlaku di kawasan penempatan pelarian di Boise, Idaho itu turut mencederakan sembilan orang yang lain.

Sembilan yang cedera itu adalah dalam kalangan pelarian dari Ethiopia, Iraq dan Syria.

Mereka termasuk enam kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun termasuk mangsa yang meninggal dunia.

Polis percaya serangan itu didorong oleh balas dendam selepas suspek dihalau keluar dari penempatan tersebut kerana kelakuannya yang menganggu.

Tujuh orang masih berada di hospital dengan kecederaan serius atau kritikal.

Suspek telah dikenal pasti sebagai Timmy Earl Kinner, seorang warga Amerika Syarikat.

Kinner, 30, akan didakwa dengan pembunuhan tahap pertama dan enam pertuduhan kecederaan kepada kanak-kanak.

Suspek mempunyai sejarah jenayah yang luas merangkumi beberapa negeri, menurut polis. Dia telah ditahan tanpa jaminan.

Suspek yang juga menetap di kawasan pelarian itu telah dihalau keluar pada Jumaat lalu kerana berkelakuan buruknya.

Bagaimanapun, dia kembali semula untuk membalas dendam dengan melakukan serangan semasa majlis hari jadi kanak-kanak yang maut itu. – MalaysiaGazette