Tabung haji
Orang ramai diminta tidak menyerahkan sebarang deposit kepada mana-mana pihak selagi tidak mendapat surat tawaran.

KUALA LUMPUR – Kuota jemaah haji pada tahun ini kekal sebanyak 30,200 orang seperti tahun lalu.

Jumlah itu ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi, iaitu 0.1 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia, kata Pengurus Besar Kanan, Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau turut menafikan laporan sebuah portal berita kononnya Arab Saudi menyekat atau mengurangkan kuota haji Malaysia.

Tambahnya, Tabung Haji telah membuat persiapan rapi terutama dari segi penginapan di Mekah dan Madinah.

Penerbangan, pengangkutan, sajian makanan dan penyelarasan petugas Tabung Haji untuk memastikan kebajikan jemaah terjamin sepanjang menunaikan ibadah haji.

Para jemaah juga telah menghadiri Kursus Perdana Haji di seluruh negara yang bermula minggu lepas.

Penerbangan pertama haji bermula 14 Julai ini dan penerbangan terakhir 14 Ogos. – MalaysiaGazette