Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun melambaikan tangan ke arah penyokong-penyokongnya yang hadir selepas diikat jamin atas pertuduhan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Jenayah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 JULAI 2018
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun melambaikan tangan ke arah penyokong-penyokongnya yang hadir selepas diikat jamin atas pertuduhan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Jenayah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hanya sempat merasai pengalaman tidur satu malam di lokap kerana hari ini beliau telah kembali ke kediamannya di Jalan Langgak Duta selepas selesai pendakwaan di mahkamah.

Najib meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pukul 3.30 petang dengan menaiki Toyota Vellfire sejurus selesai mengadakan sidang media.

Kenderaan bekas Presiden UMNO diiringi seorang anggota polis yang menaiki motosikal berkuasa tinggi serta empat kenderaan SUV berwarna hitam dan putih.

Ahli Parlimen Pekan itu ditahan petang semalam dan dibawa ke lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dihadap ke Mahkamah Sesyen pagi tadi.

Seterusnya, Najib didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dana anak syarikat 1MDB, SRC International di Mahkamah Tinggi.

Dalam kes pendakwaan yang mendapat perhatian ratusan pengamal media, beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kesemua pertuduhan itu.

Najib dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin dan pasportnya diperintah diserahkan kepada mahkamah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast