Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos (tengah) diiringi beberapa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Siasatan Jenayah ketika tiba untuk direman di Mahkamah Majistret Ampang, Pandan Indah. foto FAREEZ FADZIL, 05 JULAI 2018

AMPANG – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos tiba di Mahkamah Ampang tepat jam 3.58 petang tadi.

Beliau yang memakai baju -T dan bertopi tiba dikawal ketat oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (CID) IPD Ampang.

Polis membawa Jamal ke mahkamah tersebut bagi mendapatkan reman untuk siasatan bagi pertuduhan melarikan diri daripada tahanan sah mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini polis telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal yang melarikan diri sebelum mahkamah sempat mengikat jamin terhadapnya. – MalaysiaGazette