Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi
Dr. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis dibuat terhadap stesen televisyen, Astro Awani kerana didakwa menghina mahkamah berhubung program bertajuk ‘Najib Didakwa’.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi semalam kerana didakwa melanggar keputusan mahkamah semasa kes perbicaraan Selasa lalu melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mahkamah yang telah mengeluarkan injunksi sementara melarang sesiapa sahaja mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai melakukan ‘perbicaraan media’.

Najib Selasa lalu didakwa di Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. – MalaysiaGazette