Datuk Seri Mohd Shukri Abdull (kiri) pada majlis mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-13 di Istana Negara.
Datuk Seri Mohd Shukri Abdull (kiri) pada majlis mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-13 di Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohd Shukri Abdull hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-13 di Istana Negara.

Menurut kenyataan SPRM, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah berkenaan berangkat ke majlis mengangkat sumpah Mohd Shukri.

Pada 21 Mei lalu, baginda telah memperkenankan pelantikan Mohd. Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 18 Mei 2018 hingga 17 Mei 2020.

Mohd. Shukri, 58, telah berkhidmat selama 32 tahun di SPRM sebelum bersara pada 4 Oktober 2016 dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanifa Maidin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil; Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan dan Profesionalisme SPRM, Datuk Ja’afar Mahad dan pengarah-pengarah bahagian dan negeri. – MalaysiaGazette