Mayat seorang wanita yang dikerat enam serta ditemukan di dalam dua buah beg pakaian di tepi Jambatan Jalan Ipoh di Sungai Gombak pada 5 Julai lepas merupakan warga Bangladesh.
Mayat seorang wanita yang dikerat enam serta ditemukan di dalam dua buah beg pakaian di tepi Jambatan Jalan Ipoh di Sungai Gombak pada 5 Julai lepas merupakan warga Bangladesh.

KUALA LUMPURĀ  – Mayat perempuan yang ditemui dalam dua bagasi berlainan di Sungai Gombak, di ibu negara telah dipotong sekurang-kurangnya kepada 10 kerat dan bukannya enam kerat seperti dilaporkan lebih awal.

China Press melaporkan, selain semua tangan dan kaki serta kepala dikerat, bahagian dada dan perut mangsa juga telah dipotong kepada lima bahagian kecil.

Sumber polis memberitahu, mangsa ditemui dalam keadaan bogel, tetapi bahagian tubuh yang lengkap telah ditemui.

Tulang-tulang mangsa dikerat sehingga terputus, menyebabkan polis percaya pembunuh menggunakan pisau tajam.

Polis setakat ini telah mengambil keterangan daripada tujuh saksi untuk membantu siasatan.

Selain itu, polis turut mengambil cap jari mangsa untuk siasatan dan mengenal pasti identiti mangsa.

Mangsa dibunuh apabila lehernya dikerat sebelum mayatnya dipotong-potong, disimpan dalam beg dan dibuang ke dalam sungai.

Mayat mangsa yang dibalut dengan baju ditemui oleh golongan gelandangan yang mengesan bau busuk sebelum mendapati kaki mangsa terdedah daripada beg. – MalaysiaGazette