KUALA LUMPUR – Selangor merupakan negeri yang mencatatkan kes paling banyak di bawah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata.

Jumlah yang direkodkan menurut Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TTPS) masing-masing 339 dan 1,069 kes yang difailkan untuk TTPR dan TPS.

Manakala kedua tertinggi pula adalah Johor dengan kes berdaftar 105 untuk TTPR dan 763 TPS.

“Pendaftaran kes TTPR melibatkan projek perumahan yang paling banyak di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.

“Manakala pendaftaran kes TPS melibatkan bangunan berstrata yang paling banyak di negeri Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan,” katanya satu kenyataan TPPS hari ini.

Tambah siaran media yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu lagi, kes-kes berdaftar yang difailkan adalah melibatkan tuntutan ganti rugi bagi kelewatan penyerahan milikan kosong rumah dan herta bersama.

Manakala kebanyakan daripada kes-kes TPS yang difailkan melibatkan tuntutan caj penyenggaraan dn isu mengenai kebocoran antara tingkat.

Untuk rekod, Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TTPS) merupakan badan kerajaan yang menerima, mendengar dan memutuskan tuntutan antara pembeli rumah dengan pihak pemaju atau tuntutan yang berkatan dengan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata.-MalaysiaGazette