KUALA LUMPUR – Switzerland sedang menyiasat enam individu yang disyaki memberi rasuah kepada para pegawai asing dan pegawai-pegawai lain sebagai sebahagian daripada siasatan perbersihan wang haram dalam dana milik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Pejabat Peguam Negara Switzerland hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukannya salah seorang daripada ‘pegawai awam yang didakwa itu’.

Daripada enam orang yang disiasat itu, dua individu adalah bekas pegawai 1MDB, dua orang pegawai daripada dana berdaulat Abu Dhabi manaka dua orang lagi daripada Petrosaudi.

Kenyataan tersebut dkeluarkan selepas Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber bertemu rakan sejawatnya, Tommy Thomas di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette