Keadaan dalam pesawat Martinair yang terhempas sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang Wonderboom. foto Agensi

PRETORIA – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 20 lagi cedera apabila sebuah pesawat terhempas berhampiran lapangan terbang Wonderboom.

Semua yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Manakala empat penumpang yang terperangkap dalam pesawat sewa itu berjaya dikeluarkan selepas kebakaran dapat dikawal.

Polis berkata, pesawat berkenaan terhempas di Kameeldrift, berhampiran dengan kawasan lapangan terbang dekat Wonderboom, kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Ada rakaman video yang menunjukkan asap keluar dari belakang pesawat semasa ia hendak berlepas.

Pesawat itu adalah milik syarikat penerbangan Belanda, Martinair. Martin Air Charter adalah sekutu Air France-KLM.

Semua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Milpark di Johannesburg. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast