Dua tiket untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia yang bakal dimenangi oleh pemenang bertuah. foto FB Tony Fernandes

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes membuat kejutan apabila menawarkan tiket pergi balik ke Rusia bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia pada Ahad ini.

Menerusi laman Instagramnya, Tony memuat naik gambarnya memegang dua tiket ke Moscow.

“Siapa yang mahu pergi menonton final Piala Dunia Ahad ini dengan tiket pergi balik dari KL dan penginapan di Rusia.

“Hanya sebutkan siapa anda sokong dan kenapa anda perlu dipilih untuk ke sana dalam 15 patah perkataan. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook saya,” tulisnya.

Perlawanan akhir bakal berlangsung pukul 11 malam pada Ahad ini.

Perlawanan akhir bakal menyaksikan Perancis bertemu sama ada England atau Croatia yang beraksi awal pagi esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast