Letupan sebuah gudang petrokimia di Kaherah. foto Agensi

KAHERAH – Berpuluh-puluh orang dikhuatiri cedera selepas sebuah kilang kimia yang terletak berhampiran lapangan terbang meletup.

Agensi berita MENA melaporkan, sekurang-kurangnya 12 orang dikejarkan ke hospital.

Kemudahan gudang kimia itu dikatakan milik syarikat petrokimia tempatan, Heliopolis.

Tetapi beberapa sumber keselamatan mendakwa gudang itu adalah milik tentera.

Beberapa pasukan bomba sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran besar itu. Asap tebal dan hitam dilaporkan menyelubungi kawasan tersebut.

Menteri Pertahanan Awam, Younis al-Masri berkata, lalu-lintas lapangan terbang tidak terjejas dengan kebakaran itu meskipun letupan kedengaran.

“Trak-trak pertahanan awam telah dikejar ke kawasan kejadian untuk mengawal kebakaran itu,” katanya.

Setakat ini, kebakaran itu dipercayai dapat dikawal.

Mesir sedang berdepan dengan pemberontak yang melakukan beberapa serangan di Semenanjung Senai, yang mana kawalan ketat dilakukan oleh tentera sejak Februari lalu. – MalaysiaGazette