KUALA LUMPUR – Datuk Borhan Dolah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) yang baharu bermula hari ini.

Pelantikan beliau adalah berkuatkuasa serta merta.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan pelantikan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Borhan menggantikan Tan Sri Zainal Rahim Seman yang tamat tempoh kontraknya.

Borhan Dolah, 59, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi dan Sosiologi) dengan kepujian dari Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Hartford, Amerika Syarikat.

Beliau berkhidmat dalam pentadbiran awam selama lebih 30 tahun apabila mula menyertai Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986.

Berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, pengurusan projek dan pentadbiran am.

Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Persekutuan Sabah, Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. – MalaysiaGazette