IHH
IHH Healthcare

KUALA LUMPUR – Fortis Healthcare Ltd. akhirnya menerima tawaran daripada IHH Healthcare Bhd. bagi pengambilan alih kepentingan sebanyak 31.1 peratus syarikat yang berpangkalan di India itu pada harga RM2.34 bilion atau RM9.98 sesaham.

IHH dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, anak syarikatnya, Northern TK Venture Pte. Ltd telah memeterai perjanjian pembelian 235.294 juta saham Fortis, syarikat penjagaan kesihatan yang mengendalikan kira-kira 30 buah hospital swasta di India.

Ini sekaligus menamatkan “perebutan” di antara pembida antarabangsa dan tempatan termasuk kumpulan Hero-Burman, konsortium Manipal Health Enterprises dan firma ekuiti swasta TPG dan Radiant Life Care Private Ltd.

Pada 11 Mei lalu, ahli lembaga pengarah Gortis telah menerima tawaran bersama daripada kumpulan Hero-Burman walaupun menawarkan bidaan paling rendah iaitu sebanyak AS$265 juta berbanding IHH dan Manipal. – MalaysiaGazette