Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Klang, direman selama lima hari bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima suapan RM1,000 daripada seorang pemilik kilang plastik, semalam.
SSeorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Klang, direman selama lima hari bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima suapan RM1,000 daripada seorang pemilik kilang plastik, semalam.

SEREMBAN – Seorang pengawal keselamatan didenda RM1,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana didakwa memberi suapan RM30 kepada seorang anggota polis.

Tertuduh, Nor Leann Nadia Abdullah, 28, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan selepas dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Fathiya Idris.

Wanita itu didakwa memberikan suatu suapan wang tunai RM30 kepada seorang anggota polis sebagai dorongan kepadanya supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap tertuduh, yang didapati gagal mematuhi lampu isyarat dan menunggang motosikal dengan lesen memandu yang telah tamat tempoh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Jan lepas di Jalan Besar Lukut, Port Dickson, kira-kira 7.20 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Nor Leanne Nadia yang tidak diwakili peguam, merayu agar diberi hukuman ringan kerana sebagai ibu tunggal, selain perlu bekerja dia juga menanggung seorang anak dan ibu yang uzur.

Fathiya kemudiannya menetapkan hukuman penjara sehari dari tarikh tangkapan dan denda RM1,000 atau menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurdiyanah Mohd Nawawi dan Pegawai Pendakwa SPRM Karmila Mokhtar.

— BERNAMA