SERI ISKANDAR – Polis menahan seorang lelaki petang semalam bagi membantu siasatan kes cabul dan cubaan merogol remaja perempuan yang juga anak tirinya berusia 13 tahun.

Mangsa mendakwa dicabul bapa tirinya di dalam bilik sebuah hotel di sini kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, mangsa diperdayakan oleh suspek sebelum dibawa ke hotel berkenaan.

“Suspek didakwa meramas dada dan kemaluan mangsa serta mencium leher remaja bawah umur terbabit.

“Lelaki itu turut bertindak memaksa mangsa memegang kemaluannya dan ada berlaku cubaan rogol, namun mangsa melawan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek berusia 34 tahun dan bekerja di sebuah bengkel besi ditahan di Bandar Universiti di sini, selepas laporan yang dibuat mangsa tengah hari semalam.

Katanya, suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast