Bongkah ais besar yang mengancam penduduk kampung Innaarsuit. foto Reuters

REYKJAVIK – Sebuah bongkah ais besar yang hanyut menghampiri sebuah perkampungan di Greenland menyebabkan beberapa penduduk terpaksa dipindahkan.

Bongkah ais itu dikhuatiri meranapkan kediaman di kawasan bukit di kampung Innaarsuit.

Bagaimanapun, bongkah ais itu dilaporkan tidak bergerak sejak semalaman, menurut media tempatan.

Bongkah ais sebesar itu tidak pernah dilihat oleh penduduk sebelum ini.

Musim panas lalu, empat orang mati selepas gelombang melanda rumah-rumah di utara-barat Greenland.

Ia berlaku selepas gempa bumi.

Seramai 69 penduduk Inaarsuit yang tinggal berhampiran gunung berapi telah dipindahkan, kata agensi berita Denmark, Ritzau.

“Terdapat retakan dan lubang yang membuat kita takut ia boleh meletus bila-bila masa,” kata ahli majlis kampung, Susanne Eliassen kepada akhbar tempatan Sermitsiaq. – MalaysiaGazette