Ahmad Yakob
Ahmad Yakob

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan pimpinan Pas akan membutirkan secara terperinci berhubung penggunaan wang royalti minyak dalam usaha memperkasakan ekonomi penduduk negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Selain itu, beliau berkata sebagai contoh, wang royalti minyak tersebut dapat digunakan untuk menambahbaik Yayasan Islam Kelantan (YIK) agar syiar Islam terus terpelihara di negeri ini.

“Di samping itu, kita juga tahu bahawa infrastruktur sesuatu yang amat penting untuk rakyat terutama bagi menyokong usaha membangunkan pertumbuhan ekonomi Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Watikah sempena Pelantikan Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa menyarankan kerajaan negeri membentangkan pelan penggunaan wang royalti petroleum kepada rakyat agar masyarakat dapat mengetahui bagaimana wang itu bakal digunakan untuk kepentingan mereka. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast