Gambar 4 penceroboh yang memasuki padang perlawanan Piala Dunia dikejar pihak polis.

MOSCOW- Hakim Mahkamah Moscow mengenakan hukuman penjara selama 15 hari ke atas empat anggota kumpulan protes Pussy Riot yang mengganggu perlawanan akhir Piala Dunia yang berlansung pada Ahad lalu, semalam.

Perlawanan separuh final antara Perancis dan Croatia terganggu apabila mereka berlari melepasi batas penonton padang dengan memakai pakaian seragam polis palsu.

Pencerobohan tersebut berlaku di Stadium Luzhniki Moscow pada Ahad lalu.

Kejadian ini berlaku di hadapan Presiden Rusia, Vladimir Putin berserta beberapa lagi pemimpin dari seluruh dunia semasa mereka menyaksikan perlawanan.

Mereka juga diharamkan menghadiri acara sukan selama tiga tahun oleh hakim.

Kumpulan itu terdiri daripada seorang lelaki Pyotr Verzilov dan tiga wanita yang bernama Veronika Nikulshina, Olga Pakhtusova, Olga Kurachyova.- MalaysiaGazette