Hampir 300 ekor buaya dan anak buaya dibunuh oleh penduduk di Pupua Barat, Indonesia. foto Dailymail

JAKARTA – Sekumpulan penduduk kampung telah membunuh 292 ekor buaya di sebuah tempat perlindungan haiwan itu di wilayah Papua Barat, Indonesia.

Pembunuhan buaya-buaya itu selepas seorang lelaki tempatan dibaham oleh salah seekor haiwan tersebut di tempat perlindungan berkenaan.

Polis berkata, pihaknya gagal menghentikan serangan tersebut.

Lelaki itu maut pada hari Jumaat lalu ketika mengumpul sayur-sayuran di tempat perlindungan pembiakan buaya.

“Seorang pekerja mendengar seseorang menjerit meminta pertolongan. Pekerja itu kemudian ke tempat tersebut dan melihat seorang buaya menyerang mangsa,” kata Ketua Agensi Konservasi Sumber Asli di Papua Barat.

Sebaik pengebumian pada hari Sabtu, beberapa ratus warga tempatan yang marah telah pergi ke pusat santuari itu dengan senjata tajam.

Ladang itu mempunyai lesen untuk melindungi buaya air masin dan buaya New Guinea untuk pemeliharaan dan pembiakan. – MalaysiaGazette