KLCC
Gambar hiasan. foto AFIQ RAZALI, 15 JUN 2018

SINGAPURA- Selepas ketinggalan selama tiga tahun berturut-turut, ekonomi Malaysia sudah hampir menyamai saiz ekonomi Singapura.

Menurut data Bank Dunia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2017 adalah sebanyak AS$314.5 bilion iaitu kira-kira AS$9.4 bilion kurang daripada Singapura yang mencatatkan KDNK sebanyak AS$323.9 bilion.

Defisit dijangka menguncup kepada hanya AS$2 bilion sahaja tahun depan apabila ekonomi Malaysia diramal berkembang kira-kira 5.5 peratus pada 2018 berbanding 3.1 peratus yang diunjurkan kepada Singapura, demikian menurut anggaran median pakar ekonomi hasil kaji selidik yang dijalankan Bloomberg.- Agensi