Prasarana

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengarah Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) mengarahkan pengurusan kanan syarikat itu melaporkan salah laku atau sebarang urus niaga yang menimbulkan keraguan kepada Ketua Pegawai Integriti (CIO) Kumpulan untuk siasatan lanjut.

CIO berkenaan adalah seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipinjamkan ke Prasarana.

“Lembaga Pengarah Prasarana sekali lagi menegaskan komitmen kami di dalam memastikan integriti semasa menjalankan urusan perniagaan.

“Prasarana telah memulakan usaha untuk mengurangkan usaha untuk mengurangkan kos projek LRT3, sebagai tambahan kepada penstrukturan semula pasukan pengurusan projek berkenaan sejak Februari 2018,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, Prasarana gembira dengan keputusan Kementerian Kewangan yang bersetuju untuk meneruskan projek LRT3 demi manfaat kepada rakyat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast