Para penyelamat mencari mangsa yang selamat di tengah-tengah tapak bangunan.

DELHI- Dua lelaki dan seorang wanita maut dalam kejadian bangunan runtuh di New Delhi semalam, menurut laporan Express India.

Kejadian runtuhan itu berlaku di sebuah bangunan di Greater Noida, New Delhi.

Beberapa lagi mangsa dipercayai masih terperangkap dalam bangunan yang runtuh sekitar pukul 8.45 malam itu.

Bagaimanapun identiti mangsa yang maut belum dikenalpasti oleh pihak berkuasa.

Menurut sumber, sekurang-kurangnya 12 pekerja berada di dalam bangunan semasa kejadian dan kesemua mereka disyaki masih terperangkap.

Kira-kira 100 orang terlibat dalam operasi menyelematkan mangsa di tempat kejadian.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast