Donald Trump
Donald Trump

SAN FRANCISCO – Donald Trump merupakan pengiklan politik tunggal terbesar di di Facebook.

Presiden Amerika Syarikat itu dan Jawatankuasa Tindakan Politik (PAC) membelanjakan sebanyak AS$274,000 untuk iklan dalam rangkaian media sosial itu sejak awal Mei mengatasi pembiaya kedua terbesar, Planned Parenthood Federation of America, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang menyediakan penjagaan reproduktif kesihatan.

Parenthood pula memperuntukkan sejumlah AS$188,000 untuk iklan Facebook dalam tempoh yang sama.

Iklan yang dibeli oleh Trump dan PAC juga dilihat paling banyak dilihat oleh pengguna Facebook – sekurang-kurangnya 37 juta orang sejak bulan Mei.

Manakala iklan Parenthood pula dilihat sebanyak 24 juta orang.

Penemuan ini dibentangkan dalam satu kajian baru oleh penyelidik dari Universiti New York , yang menggunakan data Facebook.

Facebook pada bulan Mei memulakan arkib iklan politik, yang merupakan pangkalan data yang boleh dicari secara umum untuk katalog iklan dan mengenal pasti kumpulan atau individu yang membayar kepada platform itu.

Para penyelidikan universiti berkenaan telah 449 pembida iklan politik di Facebook sejak Mei untuk The New York Times.

Daripada jumlah tersebut, 210 kumpulan sayap kiri, 124 kumpulan sayap kanan dan 115 kumpulan neutral politik, kata mereka. – MalaysiaGazette