Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. foto IQBAL BASRI, 19 JULAI 2018

SUBANG JAYA – Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tidak dapat mengesahkan tentang laporan tentang penahanan Low Taek Jho atau Jho Low.

Ketua Polis Negara itu memaklumkan beliau tidak mendapat sebarang maklumat mengenai penahanan ahli perniagaan yang dikehendaki berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya tidak mendapat sebarang maklumat dan saya tidak boleh memberi respons,” katanya menurut laporan Malay Mail.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan China Press yang mendakwa Jho telah ditahan.

Fuzi berkata, polis telah cuba menjejaki Jho Low di Hong Kong, Macau dan China tetapi tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai lokasinya.

Memetik sumber yang tidak dinyatakan oleh sebuah stesen radio Hong Kong dan Sarawak Report, China Press melaporkan penahanan Jho Low akan diumumkan semasa lawatan kerja Tun Dr Mahathir Mohamad ke China bulan depan. – MalaysiaGazette