TERKINI : “Satu Lawan Satu” – Asyraf Wajdi Dusuki

Pemuda UMNO membayangkan tiada pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini memandangkan Pas sedia memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu hanya boleh dimuktamadkan sekiranya Pas benar-benar sepakat dengan pucuk pimpinan BN untuk tidak meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil pertama selepas PRU14 itu.