Lola Pollina menerangkan kepada media insiden beliau diserang jerung.

NEW YORK- Dua kanak-kanak yang berusia 12 dan 13 tahun menjadi mangsa gigitan ikan jerung di sebuah pantai di New York.

Menurut laporan media semalam, seorang kanak lelaki berumur 13 dan kanak perempuan berusia 12 tahun selamat selepas menjadi mangsa kejadian tersebut.

Mangsa, Lola Pollina berkata, kejadian berlaku semasa dia sedang berenang.

“Saya digigit di bahagian kaki,” kata Pollina kepada pemberita mengenai serangan yang ditimpa.

Ketua Jabatan Bomba Ocean Beach, Ian Levine berkata, ia merupakan kes gigitan jerung yang pertama di kawasan tersebut dalam tempoh 70 tahun dan insiden terakhir berlaku pada 1948.